Friday 25 November 2011

Biodata Haqiem

(Ridzuan Haqiem bin Rusli atau lebih dikenali sebagai Haqiem merupakan naib juara rancangan Idola Kecil TV9 musim pertama.)



Biodata

Haqiem dilahirkan pada 16 Jun 1998. Ibunya bernama Nazrah Ahmad Nordin dan bapanya ialah Rosli Abdul Manaf. Dia bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sg. Serai Hulu LangatSelangor. Haqiem merupakan anak ketiga daripada lima orang adik beradik. Hobinya ialah bermain permainan video, bola sepak, menyanyi dan melukis kartun. Idolanya ialah Jamal AbdillahFaizal Tahir dan Nash. Makanan kegemarannya ialah burger dan minuman kegemaran ialah air milo. Dia bercita-cita ingin menjadi penyanyi profesional dan juga berjaya dalam bidang akademik.

Pengalaman

Tahun 2007
1)Memenangi pelbagai pertandingan nyanyian Bintang Kecil & Terbuka Dewasa
Tahun 2008
1)Merakam Album Raya yang bertajuk Anak Gemilang
2) Membuat persembahan Sempena Sambutan Citrawarna Malaysia di Tasik Titiwangsa.
3) Jemputan membuat Persembahan Sempena Colours Of Malaysia di Putrajaya.
4)Jemputan Hari Keluarga LIMO bersama Nash.
Tahun 2009
1)Memenangi Pelbagai Pertandingan Nyanyian.
2)Juara Pertandingan Karaoke Terbuka Pasaraya Mydin USJ dan Mengalahkan 22 Finalis Dewasa.
3)Show Sempena Pameran Senjata Tradisional Di Muzium Negara.
4)Konsert Diraja Di Putrajaya Bersama Barisan Artis Popular Seperti M. NasirZainal AbidinMisha OmarRamli Sarip, Once, Francesca Peter, Amy SearchNing BaizuraAfdlin Shauki dan ramai Lagi. (21/02/09).
5)Tribute Dato’ A Rahman Hassan Di PWTC . Menyanyikan Semula Lagu-lagu Dato A. Rahman Hassan Bersama Band Nirwana. (09/05/09).
6)Show Setiap Minggu / Bulan Dibawah Seliaan Kementerian Kebudayaan Belia & Sukan.
7)engkel Konsert Pelajaran Selama 2 Bulan Di Hotel International (Kuala Lumpur).
8)Konsert Pelajaran anjuran KPM Di PWTC (17/06/2009).
9)Mini Konsert Sekolah Menengah Agama Batu 10 Cheras Dengan Menyanyikan 7 Lagu.
10)Artis Jemputan oleh RTM Sempena Pertandingan Bintang Kecil Bahagian Zon Tengah Di Angkasapuri Kuala Lumpur.
11)Membuat Persembahan Di Program 1Malaysia Di Tasik Titiwangsa di hadapan 6000 lebih penonton dikalangan Pelajar Sekolah dan Universiti.
12)Jemputan Rumah Terbuka Hari Raya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Di Putrajaya.
13)Mendapat Tawaran Untuk Menjadi Duta Coklat Crispy.
14)Undangan Majlis-majlis Perkahwinan.
15)Single Album Yang Bertajuk Janji Puteri. Album Sudah Siap Sepenuhnya.      





                                             

3 comments: